Aku yang salah, sayang :')



Okay. Aku tahu aku yang salah. And aku mengaku aku yang salah. Aku tak datang jumpe dia. Walaupun aku dah janji dengan dia sehari sebelum tu. Aku tahu aku dah buat dia sedih. Aku tahu aku dah buat dia sakit hati dengan aku. And maybe dia dah benci aku. Yeah. Aku yang salah, sayang. 

Aku tak answer call dari dia, aku tak reply text dari dia. Aku ada sebab. Sebabnya aku tak dapat satu pun call atau text dari dia. Aku tahu dia akan kata aku menipu dia untuk tutup kesalahan aku. Tapi aku berani sumpah yang aku tak tipu dia. Handphone aku rosak! Sebab aku selalu baling handphone aku kalau aku ada masalah! Tolonglah percayakan aku. 

Sebelum pukul 12 tengah hari kan aku ada mintak dengan dia untuk stop mesej, sebab aku nak keluar cari barang. Barang yang aku nak cari tu adalah untuk dia. Untuk kau sayang! Aku nak hadiahkan untuk dia nanti kita jumpa. Aku keluar pergi cari barang tu sorang2. Aku just jalan kaki untuk cari hadiah tu. Yeah. Untuk kau aku sanggup buat apa saja. Aku jalan kaki di jalan raya yang besar. Kereta, orang2 yang lalu-lalang kat situ semua lihat aku. Maybe dorang pikir aku gila. Aku da tak kesah semua tu. Time tu perasaan malu dah tak ada dalam diri aku. Maybe hadiah yang aku nak berikan untuk dia ni tak mahal tapi aku harap sangat dia boleh terima hadiah aku ni.

Aku dah sedia nak jumpa dia. Sedia nak tengok diri dia. Sedia nak terima apa saja kelemahan diri dia. Yeah. Aku dah lama sedia untuk dia. . . . . . Kepala aku tiba2 sakit. Rasa macam dicucuk dengan benda tajam. Badan aku semakin lemah. Kaki aku tak kuat lagi untuk terus berdiri, untuk menampung diri aku ni. Aku rebah! Tulang belakang aku sakit lagi. Ya Allah! Aku dah tak kuat time tu. Kenapa aku perlu sakit time kebahagian aku datang. Lama aku rebah. Aku kuatkan diri untuk berdiri tapi . . . Tapi aku tak kuat time tuh! Aku lemah sangat. Apa yang aku fikir time tu hanya nak jumpa dengan dia! Nak tengok senyuman dia! Aku just nak tengok kau je sayang. Nak tengok orang selama ni telah bahagiakan aku, ada di sisi aku. Dan orang tu kau sayang.

. . . . . Akhirnya aku boleh berdiri. Aku gagahkan jugak diri aku ni. Aku gunakan segala tenaga yang ada dalam tubuh aku ni untuk terus berdiri. Dan masalah terus datang. Ayah sdare aku tk boleh hantar aku pegi jumpa kau. Dia ada hal yang nak diuruskan. Tapi aku tetap sabar. Aku fikir juga mcam mana aku nak jumpa kau. Hnm. Aku ikut jugak ayah sdare aku time tu. Maybe dia boleh hantar aku selepas dia uruskan hal dia tuh. 

. . . . . Dah 3 jam aku tunggu ayah sdare aku uruskan hal dia. Sekarang dah pukul 5.30 petang. Masih ada lagi ke peluang untuk aku jumpe dengan dia hari nih?. Aku harap aku masih ada peluang. Aku tunggu punya tunggu, last2 ayah sdare aku kata urusan dia ni lambat lagi nak selesai. And dia suruh cousin aku yang hantarkan aku pergi sana. Okay, wajah aku time tu dah okay sikit. Tapi aku tetap jugak takut. Takut dah tak ada peluang nak jumpe dengan dia. Time tu aku dah tak letak banyak sangat peluang untuk jumpa dengan dia. Sebab time tu dah pukul 6.00 petang. Hnm. Aku dah sampai sana. Aku pergi tempat yang kita janjikan semalam. Aku tak boleh nak jalan laju sangat time tu, sebab badan aku sangat2 lemah. Tulang belakang aku makin sakit. Aku da rasa aku akan rebah tapi aku tetap kuatkan semangat nak jumpe dengan dia. Aku cari dia kat sana tapi. . . Hnm. Segala harapan aku nak jumpa dengan dia hancur! Musnah! Aku kecewa sangat dengan diri aku. Aku tak boleh tunaikan janji aku untuk jumpa dengan dia. Ya, apa jenis lelaki aku ni kan. 

. . . . . Time kat parking kereta, sekali lagi masalah datang. Yeah. Aku gaduh dengan cousin aku. Dia marah2 aku. Dia marah aku sebab aku berkeras jugak nak keluar walaupun time tu aku sakit. Dia tak faham apa yang aku rasa time tu. Time tu jugak lah aku lawan balik semua apa yang dia kata tadi. Aku dengan dia gaduh and time tu kawan aku cuba nak leraikan pergaduhan tu tapi senang2  je aku marah dia time tu. Apa yang aku nak time tu hanya nak jumpe dengan dia! Aku dah tak kesah aku sakit ke apa ke. Yang aku tahu aku nak jumpe dia! 

. . . . . Aku balik dengan hati yang tak tenang. Aku takut dia akan benci aku. Sayang, aku tahu. Aku tahu kau sedih sebab aku tak dapat tunaikan janji aku ni. Aku mintak maaf. Banyak sangat dugaan yang aku hadapi hari ni. Aku sayang kau, sayang. Sayang kau! Hanya kau seorang yang ada dalam hati aku sebagai peneman hidup aku. Aku dah buat dua kesalahan yang sangat menyakitkan hati mereka. First, aku dah mungkir janji dengan dia. Ya Allah. Maafkanlah diri aku. Aku sayang dia. Aku tak nak kehilangan dia. Jangan biarkan dia tinggalkan aku hanya sebab perkara ni, Ya Allah. Second, aku marah2 kawan aku! Kawan yang selama ni selalu tolong aku dalam apa saja keadaan. And senang2 je aku marah2 dia macam tu. Ya Allah, aku harap dia akan maafkan diri aku. Aku harap aku dengan dia tetap akan berkawan macam dulu :') 

*P/s ; Segala cerita dalam entry kali ni bukan rekaan yang aku buat. Ini betul2 terjadi pada diri aku. Aku share kat sini bukan untuk aku mintak simpati apa semualah. Aku just nak berkongsi. -Hargai mereka selagi mereka masih bersama anda. Jangan mereka tiada nanti baru korang nak hargai. Dah tak ada apa yang boleh kembalikan mereka lagi-. Kbyeee :')